Solat merupakan langkah utama dalam proses penyucian diri. Dalam waktu diri menunjukkan tanda ke arah penyucian diri, maka solat pada masa yang sama mempunyai sebab dan maksud yang tersendiri yang dapat menguatkan lagi erti bertuhankan Allah, mengesakan Allah dan mensyukuri nikmat Allah. Solat terdiri daripada zikir,qiyam(berdiri), rukuk, sujud dan duduk. Solat juga merupakan pokok ibadah dalam bentuk yang utama bagi kesihatan tubuh badan, mendirikannya boleh menghapuskan dosa-dosa besar yang telah dilakukan, penderhakaan kepada Allah, mengakui dosa-dosa yang telah lalu serta mengakui bahawasanya Allah sahajalah yang mencipta, memiliki dan mentadbir alam ini. Solat boleh menghilangkan kesombongan dan menjadi benteng daripada tipu daya syaitan bahkan ia juga boleh menghapuskan segala kemungkaran dan kekejian apabila ditunaikan dengan sempurna. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud:{Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar}[Al-‘Ankabut :45].
Solat benar-benar menyumbang ke arah penyucian diri sekiranya ditunaikan dengan mengambil kira rukun-rukun dan sunat-sunatnya serta menzahirkan kesantunan adab terhadap tuannya iaitu Allah yang meliputi luaran dan dalaman dalam erti kata yang sebenar. Di antara adab luaran yang membawa kepada kesempurnaan solat ialah ditunaikan dengan anggota badan manakala khusyuk pula termasuk dalam adab dalaman. Kekhusyukan menjadikan solat itu mempunyai peranan yang besar dalam proses penyucian diri dan peranan yang besar itu dalam menyatakan kebenaran bahawa kita adalah hamba Allah yang mutlak dan membuatkan kita sedar bahawa sesungguhnya kewajipan kita untuk berakhlak dengan tuhan. Semua ini merupakan perkara yang berperanan ke arah proses penyucian diri kerana perbuatan-perbuatan yang zahir dalam solat tidak tersembunyi daripada seorang muslim yang hidup dalam ikatan Islam. Dipendekkan cerita di sini, disebutkan bahawa adab dalaman iaitu diertikan sebagai kekhusyukan yang berlandaskan ilmu pengetahuan. Khusyuk merupakan petanda awal bagi orang-orang yang berjaya. Allah telah berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”. Oleh sebab itu orang yang khusyuk dalam solat adalah orang-orang yang diberikan khabar gembira daripada Allah sepertimana dalam firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 34-35 yang mafhumnya: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah, iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka”.
Sesungguhnya kekhusyukan itu merupakan tempat bagi hati yang sihat maka apabila kekhusyukan itu terkeluar daripada hati maka rosaklah hati ini. Hati yang tidak lagi dibekalkan dengan kekhusyukan akan dikuasai oleh penyakit-penyakit yang berbahaya dan keadaan-keadaan yang tidak baik seperti cintakan dunia dan terlalu pentingkan dunia semata-mata. Bila hati dikuasai oleh pelbagai penyakit maka keadaan ini akan berpanjangan hingga ke penghujung kehidupan dan bila sampai ke tahap ini maka tidak selamat bagi seseorang muslim. Perasaan cintakan dunia akan mengakibatkan seseorang itu terlalu pentingkan dunia dan kesedaran untuk tidak memisahkan urusan dunia dan agama tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh perasaan terlalu pentingkan dunia tersebut. Sesungguhnya hilang kekhusyukan dalam solat menandakan hilangnya hati yang hidup maka nasihat dan pengajaran tidak lagi memberi kesan kepada hati yang telah mati,hanya yang tinggal adalah hawa nafsu yang menguasai.
Bayangkanlah apa yang akan berlaku selepas itu? Ketika berkuasanya hawa nafsu dan apabila nasihat serta rasa saling ingat-mengingati tidak lagi memberi manfaat maka ketika itulah nafsu syahwat menguasai dan nafsu syahwat akan memandu diri ke arah kemegahan, keinginan untuk mengaut keuntungan semata-mata, kebendaan dan pelbagai lagi penyakit hati. Apabila nafsu itu berkuasa, dunia mahupun agama tidak akan selamat.
Sesungguhnya seorang yang beriman mesti mengagungkan Allah Azza Wa Jalla, takut kepada-Nya, tidak putus asa dengan rahmat-Nya dan malu dengan kekurangan yang ada pada diri, maka hati tidak terpisah daripada kekhusyukan dalam keadaan-keadaan ini. Sekiranya hati itu mempunyai keyakinan yang kuat dalam mengingati Allah maka kekhusyukan itu tidak akan terpisah dalam solat tanpa sebab melainkan melalui pemikiran yang terpisah daripada solat atau dengan kata lain mengingati perkara-perkara lain ketika dalam solat, hati yang sunyi daripada munajat kepada Allah serta kelalaian ketika menghadap Allah s.w.t.